Wednesday, June 6, 2012




MARI BELAJAR SOLAT



Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada ALLAH SWT kerana telah menganugerahkan nikmat yang tidak terhingga kepada

hamba-hambaNya. Mudah-mudahan segala nikmat yang telah dikurniakan, mendekatkan lagi kita kepada-Nya...



Blog yang dihasilkan ini merupakan salah satu pendekatan Dakwah Islamiah dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Salah satu faktor penting yang menjamin kebahagian kehidupan seseorang individu ialah kuatnya pegangan individu tersebut terhadap nilai kehidupan beragama. Amalan hidup beragama yang terpenting ialah solat lima waktu.



Seseorang individu yang tetap istiqomah mengerjakan soalt lima waktu terutama yang mendirikan sembahyang berjemaah di rumah atau masjid sentiasa terbimbing ke arah memiliki cara hidup yang mulia. Solat lima waktu menjadi pengawal kepada aktiviti seharian mereka.



Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Shahrizal Idzuan b. Wahab Abdul Rahman selaku pensyarah bagi subjek Teaching and Innovation in Education kerana telah sudi menabur ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada kami bakal-bakal guru yang terlatih….InsyaALLAH.







Nama: Mohd Yusoff B. Ibrahim (G1028999)




Alhamdulillah segala puji bagi Allah ‘Rab’ sekelian alam syukur atas segala nikmat terutama masih berada di atas jalan Iman dan Islam. Kesyukuran ke hadrat Allah juga yang telah mngizinkan kami untuk menyiapkan tugasan blog ini.

Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada pensyarah yang terlibat bagi subjek Teaching and innovation in Education iaitu En. Shahrizal Idzuan b. Wahab Abdul Rahman diatas segala tunjuk ajar yang diberikan didalam kelas. Ilmu yang diberi akan di gunakan dengan sebaik mungkin dalam proses melaksanakan P&P untuk manfaat guru dan juga pelajar. Tidak lupa juga saya tujukan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan yang telah memberi komitmen sepenuhnya kepada tugasan berkumpulan.


Saya mengharapkan isi yang kami muatkan pada blog ini bukan sahaja dibaca tapi dapat memberikan satu bisikan nurani kepada sesiapa yang sudi menjengah ke laman blog ini. Sebab itulah kami memilih tajuk blog kami ialah“BISIKAN NURANI”.

Semoga kenangan indah bersama rakan-rakan seperjuang Diploma Pendidikan MARA-UIAM 2012 bermula dari hari pertama pendaftaran sehingga hari terakahir terpahat sebagai memori indah di nurani kami. Semoga Allah kekalkan persahabatan dan ukhuwwah antara kita. Wallahua'lam. KALIAN TETAP DI NURANI KU………………





Nama: Norazlina bt Mohd Nasir (G 1021740)



Segala puji dirafa’kan bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kami memujiMu, memohon pertolongan dan keampunan daripadaMu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan. Namun tugasan ini tidak dapat disempurnakan tanpa bantuan, sokongan dan khidmat beberapa individu istimewa yang banyak memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung demi tugasan ini.

Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada pensyarah subjek; Teaching and innovation in Education iaitu Bro. Shahrizal Idzuan b. Wahab Abdul Rahman diatas segala tunjuk ajar yang diberikan di dalam kelas. Walaupun proses pembelajaran terlalu cepat ditambah lagi dengan kelemahan dan kecetekan pengetahuan saya dalam ICT khususnya dalam penghasilan Powerpoint dan blog, namun Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan dalam memberikan tunjuk ajar daripada Bro. Shahrizal telah memberikan input dan pengalaman baru yang amat bermakna. Justeru, Insyaallah ilmu ini akan dimanfaatkan di dalam P&P saya dan rakan-rakan guru seterusnya pelajar. Tidak lupa juga saya tujukan ucapan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang telah memberi komitmen sepenuhnya kepada tugasan berkumpulan. Semoga Allah kekalkan persahabatan dan ukhuwwah antara kita.

Blog merupakan salah satu medium perantara dakwah di era kecanggihan ICT. Dikesempatan ini kami menghasilkan blog berkaitan SOLAT yang merupakan tunjang utama dalam kehidupan seorang Muslim. Semoga blog ini dapat memberikan panduan betapa mudahnya untuk mempelajari SOLAT sekaligus menggerakkan nurani untuk sentiasa rindukan ALLAh. Tepat sekali dengan nama blog ini “BISIKAN NURANI” yang sentiasa dambakan CINTA AGUNG ILAHI…

Wallahua'lam. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.