MARI
BELAJAR SOLAT
Syukur
Alhamdulillah dipanjatkan kepada ALLAH SWT kerana telah menganugerahkan nikmat
yang tidak terhingga kepada
hamba-hambaNya.
Mudah-mudahan segala nikmat yang telah dikurniakan, mendekatkan lagi kita
kepada-Nya...
Blog yang dihasilkan
ini merupakan salah satu pendekatan Dakwah Islamiah dalam menyebarkan ilmu
pengetahuan kepada masyarakat. Salah
satu faktor penting yang menjamin kebahagian kehidupan seseorang individu ialah
kuatnya pegangan individu tersebut terhadap nilai kehidupan beragama. Amalan
hidup beragama yang terpenting ialah solat lima waktu.
Seseorang individu yang tetap istiqomah mengerjakan soalt
lima waktu terutama yang mendirikan sembahyang berjemaah di rumah atau masjid
sentiasa terbimbing ke arah memiliki cara hidup yang mulia. Solat lima waktu
menjadi pengawal kepada aktiviti seharian mereka.
Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada En. Shahrizal Idzuan b. Wahab Abdul Rahman selaku pensyarah bagi
subjek Teaching and Innovation in Education kerana telah sudi menabur ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada kami bakal-bakal guru yang
terlatih….InsyaALLAH.
Nama: Mohd
Yusoff B. Ibrahim (G1028999)
Alhamdulillah
segala puji bagi Allah ‘Rab’ sekelian alam syukur atas segala nikmat terutama
masih berada di atas jalan Iman dan Islam. Kesyukuran ke hadrat Allah juga yang
telah mngizinkan kami untuk menyiapkan tugasan blog ini.
Sekalung
penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan
kepada pensyarah yang terlibat bagi subjek Teaching and innovation in Education
iaitu En. Shahrizal Idzuan b. Wahab Abdul Rahman diatas segala tunjuk ajar yang
diberikan didalam kelas. Ilmu yang diberi akan di gunakan
dengan sebaik mungkin dalam proses melaksanakan P&P untuk manfaat guru dan
juga pelajar. Tidak lupa juga saya tujukan ucapan terima kasih kepada
rakan-rakan sekumpulan yang telah memberi komitmen sepenuhnya kepada tugasan
berkumpulan.
Semoga
kenangan indah bersama rakan-rakan seperjuang Diploma Pendidikan MARA-UIAM 2012
bermula dari hari pertama pendaftaran sehingga hari terakahir terpahat sebagai
memori indah di nurani kami. Semoga Allah kekalkan persahabatan dan ukhuwwah
antara kita. Wallahua'lam. KALIAN TETAP DI NURANI KU………………
Nama: Norazlina bt Mohd Nasir (G 1021740)
Segala puji dirafa’kan bagi Allah,
Tuhan semesta alam. Kami memujiMu, memohon pertolongan dan keampunan
daripadaMu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan dalam masa yang telah ditetapkan. Namun tugasan ini tidak dapat disempurnakan
tanpa bantuan, sokongan dan khidmat beberapa individu istimewa yang banyak
memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung demi tugasan ini.
Sekalung
penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan
kepada pensyarah subjek; Teaching and innovation in Education iaitu Bro. Shahrizal Idzuan b. Wahab Abdul
Rahman diatas segala tunjuk ajar yang diberikan di dalam kelas.
Walaupun proses pembelajaran terlalu cepat ditambah lagi dengan kelemahan dan
kecetekan pengetahuan saya dalam ICT khususnya dalam penghasilan Powerpoint dan
blog, namun Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan dalam memberikan
tunjuk ajar daripada Bro. Shahrizal telah memberikan input dan pengalaman baru
yang amat bermakna. Justeru, Insyaallah ilmu ini akan dimanfaatkan di dalam
P&P saya dan rakan-rakan guru seterusnya pelajar. Tidak lupa juga saya
tujukan ucapan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang telah memberi
komitmen sepenuhnya kepada tugasan berkumpulan. Semoga Allah kekalkan persahabatan
dan ukhuwwah antara kita.
Blog
merupakan salah satu medium perantara dakwah di era kecanggihan ICT.
Dikesempatan ini kami menghasilkan blog berkaitan SOLAT yang merupakan tunjang
utama dalam kehidupan seorang Muslim. Semoga blog ini dapat memberikan panduan
betapa mudahnya untuk mempelajari SOLAT sekaligus menggerakkan nurani untuk
sentiasa rindukan ALLAh. Tepat sekali dengan nama blog ini “BISIKAN NURANI”
yang sentiasa dambakan CINTA AGUNG ILAHI…
Wallahua'lam.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment